Tuesday, 27 February 2018

KERETA AUTONOMI





#SUDAH BERADA DI PASARAN








Teknologi sedemikian menawarkan kemudahan kepada orang yang tidak boleh memandu sama ada cacat atau fobia memandu misalnya atau tidak memiliki kereta, selain mengurangkan pencemaran dan pemanasan global dengan mengadakan kecekapan pemanduan. Pembuat kereta global seperti General Motors, BMW, Mercedes-Benz, Toyota dan Tesla juga giat membangunkan teknologi pemanduan autonomi termasuk entiti bukan dari industri seperti Google dan Uber.
Hari ini, kereta sudah disambungkan dengan Internet. Sama seperti suatu masa dulu bila kereta dipasang dengan sambungan telefon sudah dianggap kemajuan ketika teknologi telefon bergerak tidak wujud pun, maka sekarang Internet bakal menjadi pemangkin kepada teknologi pemanduan autonomi. Pembuat kereta membayangkan masa depan kenderaan yang berfungsi seperti telefon pintar hari ini, iaitu penumpangnya boleh memeriksa e-mel, menonton filem atau mengemas kini media sosial dan tidak hirau soal pemanduan. Duduk saja.
Jepun berhasrat besar untuk mempamerkan teknologi seumpamanya menjelang temasya Olimpik Tokyo pada tahun 2020, iaitu mengadakan kenderaan autonomi bagi mengambil atlet dari lapangan terbang dan membawa mereka ke perkampungan Olimpik. 

0 comments:

Post a Comment